Rindu
Aku rindu
pada segunung kebahagiaan yang seringkali aku mimpikan, impian yang tak pernah aku gapai walau seabad lamanya.. aku sunyi,sepi pada sebuah erti kebahagiaan yang hakiki..menahan sebak yang kian bertapak dalam hati..pabila menoleh dan menjengah pada kebahagiaan insan lain..

… Aku rindu
Pada sebait kata-kata cinta, namun sekelumit pun tak bisa hadir dalam kamar hati ku..dan ianya sekadar satu persinggahan umpama pelangi petang.. dan hilang bersama mentari dibalik awan..
Pada sebait kata-kata cinta, namun sekelumit pun tak bisa hadir dalam kamar hati ku..dan ianya sekadar satu persinggahan umpama pelangi petang.. dan hilang bersama mentari dibalik awan..
Aku rindu
Namun hakikatnya aku tak mampu, bagaikan ada tembok yang cemburukan keinginan ku..hingga kini aku merindu dan hanya padaMU aku suarakan hasrat ku..kerna ku percaya pada janji-janji MU.. hanya Engkaulah kekasih ku..aku rindu..

====================================================
Pada siapa harus ku khabarkan kegundahan ini
Aku hanyalah seorang wanita seringkali disakiti
Linangan air mata tiada erti lagi
Manis kata hanyalah dusta
Aku alpa namun bukannya rela..
Aku hanyalah seorang wanita seringkali disakiti
Linangan air mata tiada erti lagi
Manis kata hanyalah dusta
Aku alpa namun bukannya rela..
… Ketawa aku bersama tangis
Senyuman ku hanyalah hamparan carik
Bisa menyelimut kedukaan hati
Yang secangkit menjadi sebeban
Yang setitik menjadi selautan..
Senyuman ku hanyalah hamparan carik
Bisa menyelimut kedukaan hati
Yang secangkit menjadi sebeban
Yang setitik menjadi selautan..
Aku benci pada suara-suara yang mencaci
Umpama cengkerik yang membingit
Ingin aku lari dari kekalutan ini
Namun ada ikatan yang terpatri
Menghalang aku dari alpa pada realiti
Menerima sebuah hakiki
Berserah pada Ilahi
Kerana segalanya telah termakhtub
Dari azali…..
Umpama cengkerik yang membingit
Ingin aku lari dari kekalutan ini
Namun ada ikatan yang terpatri
Menghalang aku dari alpa pada realiti
Menerima sebuah hakiki
Berserah pada Ilahi
Kerana segalanya telah termakhtub
Dari azali…..